Posts

Program Cuti Sekolah

Image
Cuti sekolah sudah melabuhkan tirai... Isilah masa dengan perkara bermanfaat... Kem Remaja Islam sudah selesai... Moga Adik-adik peroleh manfaat.. Program cuti sekolah yang sangat baik... Semoga dapat manfaatnya.... Alhamdulillah selesai Majlis perasmian penutup Kem Remaja Islam Pahang(KRIP) oleh Imam 2 Masjid Bentong Ustaz Abu Zar. Kami harap adik-adik peserta dapat manfaat dari program ini. Insyallah jumpa lagi di lain program😊 *Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Rabb mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.”(Q.S Al-Kahfi [18]: 13)* Pejabat Agama Islam Daerah Bentong Pahang #kemRemajaIslamPahang

Kesihatan

Image
Semburan Fogging??? Apa itu semburan fogging? semburan ini bertujuan untuk pengawalan serangga atau kata lain semburan untuk kawal kadar kehidupan dan keaktifan nyamuk. bilakah semburan ini dibuat? kebiasaannya semburan fogging ini akan dibuat apabila terjadinya kes denggi di satu-satu tempat. contohnya, Aminah telah dijangkiti demam denggi dan telah ditahan di wad selama seminggu, maka seluruh kawasan yang berhampiran dengan rumah Aminah perlu dibuat semburan fogging agar tidak berlaku kejadian yang sama terhadap orang di sekelilingnya. Antara perkara yang kita boleh elakkan daripada dijangkiti denggi dan mengelakkan daripada pembiakan nyamuk aedes ialah : 1. Jangan biarkan air bertakung terutama dalam tayar lama, pasu dan botol kosong. 2. Jangan biarkan air dalam tong di bilik mandi ditingga lama bertakung. Tukar air  di dalam tong tersebut dengan lebih kerap. 3. Jangan biarkan baju-baju berlonggok dan tinggalkan bilik dalam keadaan gelap kerana nyamuk suka di tempat yang lem

Kerja @ Tugasan

Image
Banyaknya kerja !!! Kita tahu Allah bagi kita masa 24 jam dalam sehari untuk kita selesaikan semua urusan dunia dan juga urusan akhirat. Sebenarnya kalau betul berkat masa kita, kita mampu buat kerja dalam masa 24 jam itu dengan jayanya dan mungkin kita akan ada banyak masa lagi untu selesaikan kerja-kerja tambahan. Walau apa pun, jangan hanya mengeluh, tapi tetapkan tekad atas apa sahaja yang ingin dilakukan dalam seharian. Antara tips tidak mahu berlaku pembaziran masa, amalkan sikap untuk tidak bertangguh kerja walaupun satu. #jagamasa #masaituemas #janganbazirkanmasa #kuatkandiri #PermaiMenulis

Musafirku

Image
Area TBS                                    Area Serdang Setiap hujung minggu, mesti musafir ke Nilai untuk ke kelas Dijap. Kelas hanya pada hari Sabtu dan Ahad. Dulu masa degree, musafir hari Ahad sebab kelas Isnin hingga Jumaat, tapi sekarang musafir hari Jumaat sebab kelas Sabtu dan Ahad. Waktu musafir Ahad, mesti waktu pagi sebab petang mesti jalan akan jem dan penuh kereta sebab waktu cuti. Tapi sekarang rupanya hal yang sama tetap berlaku walaupun bukan waktu cuti. Musafir Jumaat ke atau Isnin ke, pasti akan berjumpa juga jalan-jalan yang jem. Maka bertabahlah dan bersabarlah sentiasa kerana  Malaysia makin berubah untuk ke arah kemajuan. Walaupun orang susah, kereta tetap bertambah di atas jalanraya πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜ŽπŸ˜Ž. KUANTAN-KL-NILAI. #PermaiMenulis

Kek Sedap

Image
Anda peminat kek??Setengah orang kek adalah makanan kesukaanya...Dan ada orang tak minat langsung kek...dan jika minat pun hanya beberapa jenis kek sahaja... Jika anda bertanya kepada saya...sudah pasti saya suka makan kek...lebih-lebih lagi cheese kek...kalau nampak cheese kek tu ..gila la jugak...heheh Dan kek ni memang sangat sedap...tapi sudah tentu kos nye sedap...huhu Jadi berbaloi juga jika kita punya satu kemahiran untuk membuat kek.Dulu saya amat tidak suka dalam membuat kek...tahu makan sahaja...dan tidak punya hati untuk belajar pun dalam kemahiran membuat kek ini...sebab nampak renyah dan leceh... Akan tetapi...benarlah kata orang...minat boleh dipupuk...dan kita ini akan terdesak untuk mencuba sesuatu bila kita rasa ada kepentingan untuk melakukanya... Dan kini saya melaluinya...Hendak tahu...apa yang saya lalui  ??Tunggu episod seterusnya...hehe... SAYA MENJUAL KEK CHOCHOLATE MOIST..SEDAP DAN MURAH NAK CUBA BOLEH PM NOMBOR INI 01113025900 #PermaiMenulis

Pengalaman

Setiap orang ada pengalaman masing-masing kan. Tiba-tiba rasa nak cerita pengalaman melalui jalanraya yang unik dan menguji kesabaran. Jalan ni berbukit bukau, bersimpang siur, dan berkawah sini sana. Antara perkara yang paling menakutkan ialah apabila terpaksa melalui selekoh tajam, tak dapat agak samada kereta ada atau tidak di hadapan, hanya mampu tawakal dan berserah jika ada kereta atau tidak. Kalau kereta tu laju, masuk line kita, apalah agaknya kita nak buat, dengan jalan yang sempit dan berjuram di tepi. Bila tak mengelak, kita berlanggar, bila kita mengelak sangat, alamatnya melawat juram bawah la. Dekat luar negara, sebenarnya banyak jenis jalanraya yang mempunyai juram di tepinya (boleh tengok di youtube), kadang-kadang sampai tak terjangkau dek minda kita. Akan tetapi itulah bentuk dunia, tidak semua lurus dan mudah. sekian perjalanan selama 2 jam daripada jengka - jerantut - kuala lipis. πŸ€—πŸ€—πŸ€—πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ  #PermaiMenulis

Pengenalan

Assalamualaikum..insyallah saya akan memulakan siri-siri penulisan di sini akan datang..see you soon..